Sebuah madrasah yang menjadi platform untuk membina saksiah dan menimba ilmu untuk kejayaan dunia dan akhirat
Madrasah Nurul Islam atau Pondok Tok Guru Sheikh Haji Bakar Palestin ditubuhkan sekitar tahun 1950an oleh Allahyarham Hj Abu Bakar b Hj Hanafiah. Beliau banyak hidup mengembara mencari dan menuntut ilmu agama sehingga ke Mekah dan Palestin.
Selepas Tok Guru Sheikh Hj Bakar Palestin meninggal dunia pada 6 Oktober 1998, Pengurusan Madrasah Nurul Islam dipangku oleh menantu beliau Ustaz Hj Zakaria bin Hj Ahmad. Selepas Ustaz Hj Zakaria meninggal dunia pada 6 Jun 2012, urusan pondok telah diambil alih oleh anak arwah Tok Guru Sheikh Hj Bakar Palestin, Ustaz Emran bin Hj Bakar (mantan pensyarah kanan UIA).
طَلَبُ اْلعِلْمْ فَرِضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim.
(Riwayat Ibnu Majah)
Prihatin dalam melahirkan modal insan dan generasi ulul albab dalam pelbagai bidang, Madrasah Nurul Islam (dulu dikenali sebagai Pondok Tuan Guru Sheikh Hj Bakar Palestin) berhasrat untuk memulakan Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Islam yang merangkumi kokurikulum pendidikan tahfiz dan sains sebagai teras pendidikan.
Alamat: Madrasah Nurul Islam, Jalan Kangar, Ayer Hitam 06150 Alor Setar Kedah Darul Aman
Email: maahadtahfiznurulislam@gmail.com
Telefon:019-3258660 (Hj Hussen)|013-3670010(Hjh Siti Aishah)